Bismillahhirrahmannirrahhim...
Lame rasanya tak update blog ni. Harini baru ada masa free dan rasa nak share sesuatu pada semua. berbalik pada tajuk harini. Transport Awam?? Susah ke senang ?? Okey most of people will say its to difficult. Sejujurnya memang la susah sebab korang kena tunggu masa yang dah di tetapkan. Contoh dah beli tiket bas pukul 4 petang, so korang kne rush untuk sampai ke terminal sebelum pukul 4 petang, kalau TAK, make burn lah duit korang beli tiket tu.
Ni nak share pengalaman je la sebab saya selalu travel ke UMP Gambang sama ada dari Johor atau dari Shah Alam atas urusan yang tak dapat dielakkan. Jauh kan tu. dan hampir setiap bulan kena pergi. Kalau naik kereta memang terasa la dia punya cost nye tu. Sekali pergi bujet dalam RM 200. Meh kita tengok ape yang sampai RM200 tu mak jemahh oii!!!
Kos naik kereta
1. Duit Minyak pergi balik = RM100
2. Duit Tol(kalau dari shah alam)=RM50
3. Duit hotel=RM45 (share dengan kawan, sepatutnya RM90)
4.Duit makan=RM 30 (kalau stay 2 hari/ belum campur beli makanan sampingan seperti gula2, roti, biskut bagai)
TOTAL=RM 225
Haaa..bayangkan kena pergi sebulan 2 kali ke sane. Agak pokai jugak la wehh.. So, bile dah lame lame, saya pon terfikir. Apa kata aku saving sikit, berjimat la kira nya. So, saya decide untuk naik bas untuk pertama kalinya. Masa tu memang tak tau apa la. Nak turun mana, nak naik ape untuk ke UMP Gambang kalau dari terminal, berape tambang bas rapid, berapa tambang teksi kalau naik, berapa tambang prebet sapu (korang tau kan prebet sapu tu ape), scheduled bas ada pukul berapa.. Haa tu semua saya tak tau masa First time dulu. Jenuh la saya berexperiment.
First time saya travel dari Johor. Naik bas dari Larkin. Amek bas Transnasional pukul 11 pm (sebab tu je bas yang paling lewat). Pilih yang paling lewat sebab nak sampai sana pagi gitu la. Tiket bas angaran dalam RM 30 gitu la. Before 8 pagi kena sampai. Bas dari Johor biasa sampai Gambang pukul 3 @ 4 pagi (bergantung kalau ada masalah teknikal lain la). So, saya akan turun di Terminal Kuantan. Okey mesti korang pelik kenapa saya tak turun di trafik light persimpangan muazam dan Gambang dan Kuantan tu?? Sebab nya adalah, tak kan nak turun pepagi buta kat situ lepas tu kena jalan kaki ke UMP tu. Jarak nya boleh tahan jauh la..
Ni contoh tiket la..
Bila turun kat Terminal Kuantan pukul 3@ 4 pagi, kita kena tunggu bas rapid untuk ke Hentian bandar dahulu. Dari hentian bandar, baru la ada bas nak ke UMP. Nampak rumit kan. tak pa nanti saya ringkas kan. Bas rapid nak ke Hentian Bandar pulak hanya ada pukul 6 pagi. Tiket bas yang nak ke Hentian Bandar ialah RM 2 sahaja. So, tunggu la sampai 6 pagi baru la naik bas untuk ke hentian bandar. Lepas sampai ke Hentian bandar, korang kena Tunggu lagiiiii...hahahahah.. Bas rapid yang nak ke UMP hanya ada pukul 7.30 pagi macam tu la. tak pon pukul 7 pagi ke. Tiket bas yang nak ke UMP ialah RM4. Sediakan duit cukup2 ye sebab depa x da duit nak pulangkan kalau korang bagi RM5 ke RM 10 ke..Kena bagi cukup2.
Kat Hentian bandar tu nanti korang confirmkan la kat kaunter, bas no berapa dan pukul berapa yang nak ke UMP Gambang.. Kne peka tau.. UMP Gambang bukan UMP Pekan.. ada dua UMP. jangan keliru. So, bile dah sampai bas rapid nak ke UMP Gambang naik je la. bas akan masuk ke dalamkawasan UMP tu so tak yah la kornag nak tekan lonceng nak turun lua gate besar dia tu.
Perjalanan process naik bas nya sama je kalau dari Shah Alam. Cuma korang kena naik bas dari Stesen bas syeksyen 17 tu la. kalau dulu naik dari Seksyen 13. Tambang kalau dari shah alam murah la sikit dalam RM29 gitu.
Kos naik Bas
1. Tambang bas express pergi balik = RM60+ (kalau dari Johor)/ RM 57.20(kalau dari Shah alam)
2. Duit tido hotel=RM45(bahagi dua dengan member)
3. Duit Makan =RM 30
4. Tambang bas rapid=RM12(Pergi dan balik)
TOTAL=RM147💪
Seeeee.......dari RM 225 jadi RM 147. Banyak pengurangannya tau. Cuma korang kena strugle sikit la, susah sikit la..Gitu je. Pada saya yang tengah banyak pikirkan komitment, saya sanggup bersusah payah untuk jimatkan perbelanjaan tu.
Haa...lupa nak share, untuk dapat kan perjalanan yang maintain macam tu, saya lalui beberapa experiment tau. First saya dari terminal kuantan tu, saya naik prebet dan teksi. Perhggg..dia cas kita RM50tauuuu... Saya pon fikir la, tak de ke bas rapid dari terminal tu. Saya tanya2 la orang situ( malu bertanya sesat jalan, jadi jangan malu bertanya). Sebab tu saya boleh tau boleh naik bas rapid nak ke UMP.
Sekian je la sesi sharing kita. Kalau ada apa apa yang tak jelas boleh tanya la. Kalau saya bukak blog ni saya jawab la, n kalau saya tahu jawapannya saya jawab la..
kalau dari UMP ke terminal macamana kak
ReplyDeletekalau dari UMP nak ke terminal, bole tunggu bas rapid dlm bus stop , cari bas yg pergi ke hentian bandar,
Delete